Friday, March 11, 2011

hE is Our LOve ^_^


Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.
Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.
Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:
Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)
Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.
Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.
Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)
so,marilah kita bersama2 menyubur cinta rasul dalam diri kita masing2 agar kita diberi peluang untuk mendapat syafaat baginda di akhirat kelak,banyakkan berselawat dan praktikkan sunnah2 baginda,moga kita digolongkan dalam kalangan yang mencintai baginda!selamat bercinta..

Thursday, March 10, 2011

teLadaN cintA { SUMAYYAH part.2 }

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya.



 "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2). 

teLadaN cintA { SUMAYYAH part.1 }

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Wednesday, March 9, 2011

ciNtaku haNya untukNyA


"Biar waktu yang akan membuktikan .......

bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,

tiap titisan darah dan keringat yang telah dialirkan,

tiap jiwa yang telah melayang,

akan sampai pada satu keadaan .......

 di mana keadilan adalah nadinya,

kesejahteraan adalah nafasnya,

kebijaksanaan adalah sifatnya,

dan Redha Sang Khalik adalah tujuannya. "

" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini

maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.

Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,

maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.

Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

Munajat sang pencinta zat nan satu,,sesunnguhnya cinta Al-khaliq telah memenuhi pelosok jiwanya..sehingga tidak ada perkara lain yang menyibukkannya kecuali kecintaannya kepada Tuhan pemilik cinta...dialah Rabia'tul Adawiyah.

Rabi'atul Adawiyah Al-Basriyah kecintaannya kepada Allah hingga malaikat boleh berbicara dengannya atas perintah Allah....

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, "Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redha denganku.Tetapi nyatakanlah keridhaanMu itu padaku." Tatkala itu terdengarlah suatu suara malaikat,


 "Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu." Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul-adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah : "Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia."

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan, dalam bilik
Rabi'atul-adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul-adawiyyah.

Esoknya, Rabi'atul-adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul-adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi'atul-adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju. Rabi'atul-adawiyyah pun pergi.

Orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu? Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahNya."

Rabi'atul-adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku takut berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."

Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah).

Tiap-tiap pagi beliau berdoa, "Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain."

Rabi'atul-adawiyyah ditanya, "Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?"

Beliau menjawab, "Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan."


Tuesday, March 8, 2011

tEntang ciNta parT 2


Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

 Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu.  Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Cinta bisa membawa kita kepada kebahagiaan, tetapi banyak juga orang yang menderita kerana cinta. Kalau kita tidak berhati-hati, cinta ini bisa membutakan dan menulikan kita. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam telah bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ahmad: "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." Maka bersyukurlah orang-orang yang diberi cinta dan bisa menyemai rasa cintanya itu dengan tepat..

selamat berCintA~

tEntang ciNta parT 1

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. 



Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.


APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

 Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.




Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).  
Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

 Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

CinTa ILahi

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah.(al- Baqarah: 165)


"والذين آمنوا أشد حبا لله"
Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Allah SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”.(Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

Imam al Junaid r.a berkata: “Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.


اللهم اني أسالك حبك وحب من يحبك وأعمال الذي يبلغنني حبك أللهم اجعل حبك أحب الي من كل شيء


"Ya Allah aku memohon cintaMu,dan cinta org2 yg mencintaiMu,dan kecintaan kpd amalan yg mbawa ku mnuju cintaMu yaAllah jadikan cintaMu melebihi kecintaanku kpd segala sesuatu.."

Monday, March 7, 2011

anugErah cinTa

Sahabat...adalah satu anugerah cinta dalam hidup..menjejakkan kaki ke bumi kelahiran ibn batutta ini,adakalanya hati galau seketika,memikirkan bagaimana agaknya mampu aku menyesuaikan diri dengan bergaul dan bersahabat dengan rakan-rakan arab..namun slowly,diri ini cuba adapt the situation..hehe..

Setiap kali masuk ke kuliah,aku akan pastikan aku duduk di sebelah pelajar arab,agar senang aku bertanya dan minta tunjuk ajar..alhamdulillah,hari demi hari aku dapat menyesuaikan diri dan mengenali beberapa orang teman-teman arab,yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan sudi pula menghulurkan bantuan dan memberi tunjuk ajar.Seingat aku,yang paling awal aku kenali..Fatma..aku memintanya untuk memberi sedikit penerangan tentang subjek tafsir dan hadith.

Tak lupa juga,Mahjuba..yang sudi memberiku notanya..juga Busyra dan Dunya yang mudah mesra.Dan yang paling rapat denganku..Safae,seorang gadis morocco yang sederhana.Penampilan dan pertuturannya.Aku masih ingat pertemuan  pertama dengannya..

aku: masmuki??
safae:ana safae...wenti??
aku:ana syaza..
safae:chada..??(arab mmg xley sbot za btul...adoii..abes nama ku jadi chada..jgn cadar sudaa..=.=)
aku:na3am2..ana chada...wenti safae..

safae tersenyum.

aku pun bertanya serba sedikit tentangnya..

ustaz sedang mengajar.Sesekali aku memberi perhatian,namun..(first day masuk kelas arab)agak blur..aku meminta safae memberi sedikit penjelasan.

Then,akibat terlalu bosan dengan kuliah,aku bersembang dengan safae..(jgn tiru tindakan ini..tuutt)Yang menariknya..tarikh lahir aku dan dia agak sama..

aku:safae,em...maata yaum miladuk?

safae mencapai sebatang pen dan mencatitnya di atas sekeping kertas.

14.11.1991

aku tersenyum..wana..(mencatit di atas kertas yang sama)

14.1.1992

safae pula tersenyum..sawa2..hazih ila hazih(maksudya..eh sama la....laen cket je...)

kami tertawa..

Tiba minggu exam,pabila aku sedang ralit mengulangkaji buat kali terakhir di belakang dewan,terdengar satu suara menyebut namaku..Chada..aku menoleh Safae rupanya,lalu terus bangkit dan tersenyum.."Assalamualaikum..kaifa haluk..""Alhamdulillah.."aku tersenyum

"Uriidu an takallam ilaik.."(sy nak gtaw awk somtin)Safae tersenyum lagi.Aku mengagguk bersahaja.."yaum milad saiida"yang bermaksud (hepi besday)..aku terkejut..arab ni ingat pulak bday aku..adoii..
"syukran Safae"

Safae sentiasa bertanya khabar melaui hanset..sentiasa mendoakan aku..pabila aku ditimpa masalah..dan sentiasa menegurku bila berjumpa.Safae anugerah dari Tuhan buatku.Terpancar keikhlasannya bersahabat denganku.Masih aku ingat..pabila suatau hari aku ketemu dia di bandar dan dia menegurku..dia bertanya tentang result imtihanku..namun,aku yang mengalami sedikit masalah kerana belum mendapat rukhsah belajar(so..walaupun aku amik exam tp xdpt result)memberitahunya bahawa aku ada sedikit masalah dan meminta dia mendoakanku.Malam itu,akau mendapat sekeping mesej dari Safae..Mesej berunsur doa dan kata2 semangat supaya aku bersabar..dan berdoa semoga dipermudah segala.Aku agak terharu dengan keprihatinannya..

thanks god coz give me someone who appreciate mE..love is around uS!!!



koTa ciNtA

..angin sejuk bumi morocco terasa lembut menyapa ke wajah..aku tersenyum,ahhh..sungguh nyaman pagi ini,aku meneruskan langkahku..(ke kedai makan jep pon)..hehe...kat sini dipanggil mahlabah..then ,aku terasa ada kelibat yang berjalan pantas di belakangku,seorang remaja perempuan morocco yang free-hair,ber'earfon'..pabila dia melintasi aku,dia menoleh,,menguntumkan seulas senyuman dan mengucapkan sepatah kalimat.."sobahal kher"..aku senyum.."sobah"..

dalam hatiku..riangnya perempuan ni..(huhu)..

di ketika yang lain,

Em...disini,tempat yang aku diami,agak berdekatan dengan sebuah masjid kecil..aku gemar ke situ,lagipun,aku mengambil kelas alquran bersama seorang syeikh..hajatku mahu meneruskan hafazanku..dan setakat ni,alhamdulillah masih berjalan seperti biasa.

Tapi sebenarnya,bukan itu yang mahu aku ceritakan..(hehe)hakikatnya aku gemar solat di sana coz aku dapat rasakan keajaiban cinta di sana.Tautan hatiku dengan sang Pencipta dan dengan penduduk di sini.Maklumlah,pabila berjauhan dengan keluarga,perasaan rindu sering menggamit jiwa,so..disinilah,bersama makcik arab di sinilah,aku melepaskan rindu yang terbeban.Aku kagum dengan budaya di sini.Mereka amat menyayangi kanak-kanak dan menghormati kita sebagai foreigners...maybe ada yang beranggapan arab satu bangsa yang kasar,mungkin ada kebenarannya,tapi setakat yang aku alami dan yang aku nampak,aku rasakan kaum arab yang mengamalkan sunnah rasulullah adalah kaum yang sangat penyayang and loving.

Setiap kali usai solat,mereka bersalaman,berciuman,berpelukan dan mendoakan sesama mereka.Aku dapat rasakan semangat cinta dan kasih sayang mereka mengalir dalam jiwaku,sehinggakan terkadang aku rasa sebak pabila dilayan sebegitu rupa.Sebak dan terharu berbaur nikmat.

Dan satu perkara,arab ni,kalau kita baik dengan mereka,mereka pun akan layan kita dengan mesra.Hidup dikelilingi arab,aku dapat rasakan satu kelainan tidak seperti di Malaysia.Mesra,peramah,sentiasa bertanya khabar,sentiasa mendoakan kesejahteraan kita dan tidak lekang dengan senyuman.Terlintas di fikiranku,mesti pada zaman rasulullah lagi hebat cinta mereka,lagi erat ukhuwwah sesama mereka..wah...Subhanallah..Masya Allah..

Mereka juga suka menolong orang.Teringat aku pengalaman membeli tong gas di kedai berdekatan bersama seorang rakanku,kebiasaanya akan disediakan karuzah,alat untuk menyorong gas..namun tidak disediakan di kedai tersebut,bertungkus lumus lah aku dan rakan ku..mengangkut gas..namun,apakah daya hawa..huhu..aku ternampak kelibat seorang pakcik..dan saje cakap2 kosong dengan rakanku..."kan aku panggil pakcik ni kan minta tolong angkat..huh..berat"aku mengeluh..tetiba jep pakcik tersebut menuju ke arah kami..dan menyuruh kami menurunkan tong gas tersebut,serta menahan seorang lelaki arab lain yang berbasikal.Dipendekkan cerita,lelaki tersebut lah yang menhantar tong gas yang kami beli ke rumah..

Dan yang paling best sekali ialah tuan rumah kami yang baik hati.Aku dan kawan-kawan yang lain menyewa sebuah rumah.Rumah-rumah disini biasanya bertingkat-tingkat dan ada yang duduk bersama tuan rumah.Tuan rumah kami,seorang wanita yang berusi lingkungan 20-an,tinggal bersama ibu bapanya yang sudah tua,dan beberapa orang adik beradiknya.Ibunya yang kami panggil mama..tersangat lah baik..hampir setiap minggu,kami disajikan dengan makanan arab..(rezeki2)..mama kata..kamu semua catat apa yang dah kamu makan,kami nak kamu rasa makanan kami..kuskus,rafisa,ladya,tojink dan macam2 lagi laa..

hakikatnya,nak gtaw,,aku seronok merasai pengalaman2 ini,bergaul dengan arab..adalah pengalaman yang amat manis..

sudah panjang rasanya aku bertinta bicara...hingga ketemu di lain masa..salam cinta~

Sunday, March 6, 2011

ujiAn cintA

..mengapa aku diuji sebegini??adakah aku hina di pandanganNya??adakah Dia tidak menyayangiku sehingga sebegini berat beban ujian yang terpaksa aku tanggung...mengapa??

terkadang pabila ditimpa ujian..aku sering berfikir sedemikian rupa,namun..iman yang masih bersarang di dalam jiwa ini secara halus memujukku supaya tidak terus berduka.tidak terus menyalahkan diri dan takdir..jika tidak,ia umpama aku menyalahkan Ar-Rahim yang tercinta..TIDAK..tidak sama sekali...Dia adalah sebaik-baik pengatur..masakan Dia mahu menganiayai hambaNya..masakan Dia mahu menyiksa hambaNya..??

teringat aku pada ayat-ayat CintaNya dalam surah al-mukminuun,

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ
maksudnya:maka adakah kamu menyangka kami ciptakan kamu secara main-main(sedang kamu tidak diuji)dan kamu tidak akan dikembalikan??

Persoalan yang amat mendalam menusuk ke jiwaku tiap kali menatap ayat ini...ya..adakah aku hanya mahu hidup dalam zon selesa..sehingga aku tidak pernah diuji dengan gelombang ujianNya....

Seketika teringat pula aku pada bait-bait lagu rahmat ujian oleh kumpulan nasyid tanah air..mestica.

segala takdir terimalah dengan hati tebuka
walau tersiksa ada hikmahnya

harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar
dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta
mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
bersukurlah dan tabahlah menghadapi


ujian itu tanda Allah memilih kita untuk mengecapi halawah cintaNya..mendekatkan kita dengan rahmat kasihNya..merangkul kita dengan maghfirahNya..tidak dibiarkan kita berterusan dalam nikmat yang melekakan..

so...be positive-minded bila ujian bertamu..remember...ujian itu tanda cintaNya kepada kita!!maka beruntunglah orang-orang yang dicintaiNya!!



Cinta KeranaNya

cinta adalah satu nikmat dan anugerah yang terhebat yang diciptakan oleh al-khalik..selayaknya Dia lah yang perlu dicintai mengatasi segala makhluk melata..pabila seseorang hamba itu menemui cintaNya pasti cinta yang lain kan datang kepadanya dari segala penjuru...cinta tidak buta...jika ia dibatasi ketaqwaan dan keimanan dan dipelihara dengan kesucian..cinta itu khalis dari segaala macam ketadlisan...cinta itu NUR...cahaya yang menerangi sekeping hati..dan Allah arRahman menciptakan manusia kerana cinta..

Seperti di dalam sebuah hadis qudsi..."tidak aku ciptakan dunia melainkan keranamu(wahai muhammad)"

Sesungguhnya rasulullah s.a.w..adalah kekasih Allah yang amat Allah cintai..kerana itu..Allah ciptakan dunia ini..justeru dunia adalah tempat menanam cinta kepadaNya,cinta kepada Rasulullah s.a.w dan juga cinta kepada makhluk lainnya.

Junjungan juga ada bersabda"tidak sempurna iman kamu sehinggalah aku lebih dicintai dari keluargamu dan anak2mu"

Cinta kepada manusia juga tidak salah kerana cinta adalah fitrah.Bahkan cinta kepada saudara(muslim)sangat dianjurkan dalam islam.

Seperti hadis nabi s.a.w:

لا يؤمن احدكم حتى يحب لأخه مايحب لنفسه

"tidaklah sempurna iman kamu sehinggalah kamu menyayangi saudara kamu sepertimana kamu mencintai dirimu sendiri"

dan juga dijelaskan dalam sebuah hadis qudsi yang lainnya bahawasanya mereka yang berkasih sayang kerana Allah akan dinaungi pada hari yang tidak ada naungan selain dari naungan Allah.

Justeru,marilah sama-sama kita menyemai baja cinta kerana Allah...LOVING ALLAH N RASULULLAH THE MOST!!